top of page

TIPS UNTUK PELAJAR: PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 akan bermula esok, 2 Mac sehingga 29 Mac 2022. Kepada semua calon SPM 2021, ini bukannya masa untuk panik. Sediakan senjata anda untuk ke medan perang ๐Ÿ’ช๐Ÿผ Team E-Tuition yakin, anda telah melakukan persiapan secukupnya dan anda telah memanfaatkan Pecutan Akhir SPM 2021 sepenuhnya. Hari ini, kami akan kongsikan beberapa tips untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan ini. Tips ini tidak terhad untuk calon SPM sahaja, semua pelajar juga boleh mengaplikasikannya โœจ


1.Ulangkaji dengan nota ringkas

Ini bukannya masa untuk menyelak buku teks tebal tetapi masa untuk ulangkaji menggunakan nota ringkas sahaja. Kami yakin, semua calon SPM sudah menggunakan masa sebaik mungkin untuk membaca dan membuat latihan semua subjek. Gunakan flashcards atau nota ringkas buat saat-saat terakhir ini ataupun berbual dengan rakan mengenai topik peperiksaan. Dengan cara ini, para pelajar boleh melakukan recap secara sekilas.


2.Mengamalkan pemakanan sihat

Perkara ini sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Makan makanan yang seimbang dan elakkan daripada mengambil makanan ringan. Kami tahu semua pelajar gemar mengambil makanan tidak sihat termasuklah mi segera, snek dan minuman berkarbonat. Minum air yang secukupnya untuk membekalkan oksigen kepada otak untuk berfungsi secara optimum.


3.Rehat dan tidur secukupnya

Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup sepanjang minggu peperiksaan berlangsung. Elakkan tidur terlalu lewat dan berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Badan yang sihat dan bertenaga sangat penting untuk terus fokus ketika menjawab soalan peperiksaan. Tips ini juga perlu diambil kira untuk mengelakkan pelajar berasa lesu.


4.Menyediakan alat tulis lebih awal

Pelajar dinasihatkan untuk menyediakan semua alat yang diperlukan ketika menjawab peperiksaan lebih awal atau malam sebelum hari peperiksaan berlangsung. Peralatan tulis, dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan perlu disusun siap-siap di dalam beg bagi mengelakkan calon kelam kabut sebelum ke dewan peperiksaan.


5.Dapatkan restu daripada ibu bapa dan guru

Setelah bertungkus lumus menuntut ilmu, jangan lupa untuk mendapatkan restu daripada kedua ibu bapa dan guru-guru yang telah mendidik. Restu dan doa mereka dapat membantu dan memudahkan urusan anda untuk menduduki peperiksaan.


6.Menjaga hubungan dengan Tuhan, doa dan tawakal

Usaha, doa, tawakal. Setelah membuat persiapan rapi, doa dan tawakal ialah senjata akhir untuk mencapai kejayaan. Percaya dengan diri sendiri bahawa anda telah berusaha dalam melakukan persiapan dan menjawab soalan peperiksaan dengan sehabis baik. Berserah kepada Tuhan dan teruskan berdoa untuk kejayaan.


Semoga tips ini membantu pelajar semua. Ikuti media sosial kami kerana kami akan kongsikan lebih banyak lagi tips dan info menarik untuk pelajar! ๐Ÿ˜‰

Buat semua 407,097 calon SPM 2021, ALL THE BEST! ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Facebook MindAppz: @MindAppzOfficial

Facebook E-Tuition: @ETuitionOfficial

Instagram MindAppz: @mindappzmy

Instagram E-Tuition: @etuition_official

Tiktok MindAppz: @mindappz.tiktok

Recent Posts

See All
bottom of page