top of page

MOTIVASI CEMERLANG SPM AYUH BANGKIT: SELAMAT MAJU JAYA BUAT CALON SPM 2021



Motivasi Cemerlang SPM Ayuh Bangkit berjalan dengan sangat lancar pada malam 29 Disember 2021. Motivasi yang dianjurkan MindAppz khusus untuk calon SPM 2021 ini membawa objektif untuk membangkitkan semangat dan kekuatan mental para pelajar ๐Ÿง ๐Ÿ’ช๐Ÿป





3 penceramah hebat telah menyampaikan perkongsian dan input yang sangat informatif buat peserta. Penceramah pertama ialah Encik Shahril Sabri yang merupakan Edutainment Motivational Speakers (GTA! Malaysia) dan Certified Professional Learning Facilitator. Motivasi yang disampaikan oleh Encik Sharil sangat bersemangat dan kami menerima respon yang sangat padu oleh para peserta. Penceramah kedua pula merupakan seorang peguam Syar'ie Tetuan Amalina Adam & Associates, Cik Amalina Adam. Ramai pelajar yang berminat untuk mengetahui perjalanan akademik Cik Amalina dalam membina kerjaya sebagai peguam Syar'ie. Penceramah ketiga, Dr. Niventhan Periyasamy juga sempat berkongsikan pengalaman beliau sebagai seorang doktor. Team MindAppz sangat teruja sebab para peserta sangat bersemangat menanyakan soalan dan nasihat daripada penceramah jemputan ๐Ÿคฉ๐Ÿ‘๐Ÿป



Program tamat pada jam 10.30 malam dan terima kasih buat semua calon SPM 2021 yang telah menyertai motivasi ini. Kami menerima sokongan dan sambutan yang sangat memberangsangkan dari adik-adik semua. Anda semua memang sporting dan Team MindAppz mendoakan kejayaan adik-adik semua dalam peperiksaan SPM nanti. Semoga segala perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua! Jangan biarkan masa anda di sekolah menengah selama 5 tahun disia-siakan begitu sahaja ๐Ÿ”ฅ Lakukan yang terbaik kerana ANDA BOLEH ๐Ÿ’ช๐Ÿปโœจ Selamat maju jaya!


Sekiranya anda terlepas mengikuti Zoom Room Motivasi Cemerlang SPM Ayuh Bangkit atau live kami di Facebook, jangan risau kerana anda boleh menonton semula di akaun E-Tuition anda. Klik sahaja butang di bawah โฌ‡๏ธ

Psst,, kami nak share sesuatu buat semua calon SPM 2021. MindAppz dah bantuan ribuan pelajar SPM sejak beberapa tahun lalu dan kini kami nak bantu anda pula dalam melakukan persiapan akhir SPM. Kami menawarkan pakej online khas PECUTAN AKHIR SPM 2021 untuk membantu pelajar menguasai subjek dengan mudah dan membuat persiapan terakhir SPM dengan terbaik seterusnya mendapat keputusan CEMERLANG. Dapatkan PECUTAN AKHIR SPM 2021 dengan harga promosi sekarang! ๐ŸŽฏ๐Ÿš€

PEMBELAJARAN TERBAIK, PASTI PENCAPAIAN TERBAIK!


Recent Posts

See All
bottom of page