top of page

#mindappzeidtuition2022: PERTANDINGAN TIKTOK KAD RAYA MINDAPPZ 2022!


Salam Ramadan semua ๐Ÿ˜Š


Puasa baru sahaja bermula tapi kami yakin pasti ramai yang dah tak sabar untuk menyambut Aidilfitri. Mari sama-sama meriahkan Hari Raya anda dengan menyertai Pertandingan Video Menghasilkan Kad Raya di Tiktok! Kami tahu ramai adik-adik yang ada Tiktok kan? ๐Ÿคฉ


Sama ada kad raya nostalgia mahupun kad raya digital, jom dapatkan duit raya dengan menyertai #mindappzeidtuition2022 - Pertandingan Tiktok Kad Raya MindAppz 2022 bagi menghidupkan kembali suasana nostalgia penggunaan kad raya. Tak lama dulu, kita saling balas membalas ucapan raya melalui kad yang pelbagai warna dan corak betul tak? Tapi dengan adanya kemudahan teknologi kini, kita hanya bertukar ucapan raya secara digital sahaja. Maklumlah, dunia dah moden ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜†


Sebelum itu, pastikan anda semua memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang berumur 10 sehingga 17 tahun. Peserta perlu menghasilkan satu video Tiktok membuat kad raya menggunakan kreativiti tersendiri. Durasi video pula tidak melebihi 3 minit dan perlu dikongsikan di Tiktok beserta nama, umur dan hashtag #mindappzeidtuition2022. Video penyertaan anda akan dinilai berdasarkan Like dan Share sebanyak 70% dan 30% dinilai oleh Team MindAppz. Jangan lupa untuk ikuti kami di @mindappz.tiktok ๐Ÿ˜‰


Jom ramai-ramai sertai #mindappzeidtuition2022 sebab kami nak bagi duit raya untuk 3 pemenang paling kreatif! Hantarkan penyertaan anda sebelum 8 Mei 2022 ini! โœจ


Facebook MindAppz: @MindAppzOfficial

Facebook E-Tuition: @ETuitionOfficial

Instagram MindAppz: @mindappzmy

Instagram E-Tuition: @etuition_official

Tiktok MindAppz: @mindappz.tiktok

Recent Posts

See All
bottom of page