top of page

MERIAHKAN DEEPAVALI DENGAN MINDAPPZ VIRTUAL KOLAM CONTEST!


Sebut pasal Deepavali, apa yang terlintas di minda anda? Semestinya muruku, manisan dan kolam! Kolam merupakan hiasan yang sangat unik dan menarik. Kebanyakan penganut Hindu akan hias rumah mereka dengan kolam atau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah.


Nak tahu tak?


Sempena sambutan Deepavali, MindAppz akan menganjurkan Virtual Kolam Contest untuk adik-adik yang berumur 7 sehingga 15 tahun. Bukan untuk kaum India sahaja, Melayu, Cina dan yang lain-lain juga boleh join! Anda berpeluang memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM150! 💰5 kolam terbaik akan dipilih dan 3 pemenang akan ditentukan melalui voting di akaun media sosial MindAppz. Kami juga akan sediakan E-Certificate kepada semua peserta tau 😎


Pertandingan akan diadakan pada 19 November 2021 pada jam 3 petang melalui Zoom Room. Adik-adik yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengajak ibu bapa untuk join sekali. Tapi, ibu bapa hanya boleh guide adik-adik je ye! 😆 Pastikan anda follow semua terms and conditions yang ditetapkan.




Antara syarat-syarat pertandingan, kolam mestilah berukuran 60cm x 60cm, mempunyai logo MindAppz di tengah dan perlu disiapkan dalam masa 30 minit ⏱️ Kreativiti dan pengurusan masa juga akan diambil kira.


Pendaftaran dibuka sehinga 12 November sahaja! Klik butang "Saya nak join!" untuk mendaftar.

Jangan lepaskan peluang ini dan jom sama-sama kita memeriahkan sambutan Deepavali✨ Follow sosial media kami untuk update-update baru daripada MindAppz!



Facebook: @MindAppzOfficial

Instagram: @mindappzmy

Tiktok: @mindappz.tiktok


Recent Posts

See All
bottom of page