top of page

E-TUITION NEW YEAR COLOURING CONTEST WAS AWESOME!


Hi semua! ๐Ÿ‘‹๐Ÿป


Team E-Tuition dengan berbesar hati ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih buat semua adik-adik yang telah menyertai E-Tuition New Year Colouring Contest pada 14 Januari 2022 (Jumaat) yang lalu. Disebabkan persekolahan sudah bermula, ramai yang request untuk menjalankan pertandingan pada waktu malam. Walaupun pertandingan dijalankan secara talian, adik-adik sangat sporting dan patuh arahan semua pengadil pertandingan. Ibu bapa peserta juga memberikan sokongan yang sangat padu kepada anak-anak mereka ๐Ÿ‘๐Ÿป




E-Tuition New Year Colouring Contest membahagikan peserta kepada 2 kategori. Kategori 1 untuk pelajar tahun 1, 2 dan 3 manakala kategori 2 untuk pelajar tahun 4,5 dan 6. Peserta pula telah dibahagikan kepada beberapa break out room untuk memudahkan sesi penilaian para pengadil. Semua peserta juga sudah bersiap sedia dengan templat mewarna yang disediakan E-Tuition dan alatan mewarna seperti pensel warna, krayon dan warna air sebelum pertandingan bermula ๐ŸŽจ๐Ÿ–๏ธ


Pada 12 Januari yang lalu juga kami menjalankan Sesi Taklimat melalui Zoom untuk semua peserta pertandingan. Kak Jia dan Kak Lilo telah memberikan penerangan mengenai terma dan syarat pertandingan. Adik-adik juga sangat aktif menanyakan soalan supaya lebih faham dan jelas sebelum hari pertandingan. Adik-adik memang awesome! โœจ


E-Tuition telah mengumumkan 3 pemenang daripada setiap kategori di media sosial kami. Jom kita tengok hasil mewarna oleh para pemenang ๐Ÿคฉ๐Ÿฅณ


Kategori 1 ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽจ :

Juara: Lee Chin En


Naib Juara: Wafa Sofiyyah binti Shahrul Ashraf


Tempat Ketiga: Nur Farisya Daneela



Kategori 2 ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽจ :

Juara: Dania Ariesya binti Che Rosenizam


Naib Juara: Dhia Irdina binti Che Rosenizam


Tempat Ketiga: Ziazun


Wahhhh ๐Ÿ˜Tahniah kepada semua pemenang. Team E-Tuition sukar untuk memilih hasil mewarna terbaik sebab semuanya cantik-cantik! Adik-adik memang berbakat dan pandai bermain dengan warna. Kepada peserta yang tidak berpeluang menang, jangan putus asa! Anda semua tetap hebat!


Kami akan bawakan lebih banyak lagi pertandingan hebat untuk anda semua setiap bulan! Jangan lupa untuk dapatkan E-Sijil E-Tuition New Year Colouring Contest dan jangan terlepas mengikuti info-info terbaru daripada kami di E-Tuition dan MindAppz! ๐Ÿ˜‰

Recent Posts

See All
bottom of page