top of page

E-TUITION LOVE NATURE DRAWING POSTER WAS AWESOME!



Hi semua! ๐Ÿ‘‹๐Ÿป


Team E-Tuition dengan berbesar hati ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih buat semua adik-adik yang telah menyertai Pertandingan Melukis Poster Hari Alam Sekitar pada 17 Jun 2022 (Jumaat) yang lalu. Walaupun pertandingan dijalankan secara talian, adik-adik sangat sporting dan patuh arahan semua pengadil pertandingan. Ibu bapa peserta juga memberikan sokongan yang sangat padu kepada anak-anak mereka ๐Ÿ‘๐Ÿป



Peserta pula telah dibahagikan kepada beberapa break out room untuk memudahkan sesi penilaian para pengadil. Semua peserta juga sudah bersiap sedia dengan templat lukisan yang disediakan E-Tuition dan alatan mewarna seperti pensel warna, krayon dan warna air sebelum pertandingan bermula ๐ŸŽจ๐Ÿ–๏ธ


Pada 15 Jun yang lalu juga kami menjalankan Sesi Taklimat melalui Zoom untuk semua peserta pertandingan. Kak Jia dan Kak Piqa telah memberikan penerangan mengenai terma dan syarat pertandingan. Adik-adik juga sangat aktif menanyakan soalan supaya lebih faham dan jelas sebelum hari pertandingan. Adik-adik memang awesome! โœจ


E-Tuition telah mengumumkan 3 pemenang di media sosial kami. Jom kita tengok hasil lukisan oleh para pemenang ๐Ÿคฉ๐Ÿฅณ


๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽจ :

Juara: Pinky Lai


Naib Juara: Anushaatarshini A/P Monakaran


Tempat Ketiga: Yeong Tian Xin


Wahhhh ๐Ÿ˜Tahniah kepada semua pemenang. Team E-Tuition sukar untuk memilih hasil lukisan terbaik sebab semuanya cantik-cantik! Adik-adik memang berbakat dan pandai bermain dengan warna. Kepada peserta yang tidak berpeluang menang, jangan putus asa! Anda semua tetap hebat!


Kami akan bawakan lebih banyak lagi pertandingan hebat untuk anda semua setiap bulan! Jangan lupa untuk dapatkan E-Sijil E-Tuition Love Nature Drawing Poster Contest dan jangan terlepas mengikuti info-info terbaru daripada kami di E-Tuition dan MindAppz! ๐Ÿ˜‰

Recent Posts

See All
bottom of page