top of page

CONTEST TAHUN BARU: E-TUITION NEW YEAR COLOURING CONTEST


Selamat Tahun Baru 2022!! 🥳


Tahun baru ni MindAppz dan E-Tuition bawakan pertandingan best untuk adik-adik sekolah rendah. Pertandingan mewarna bertemakan tahun baru 2022 secara atas talian! Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori. Kategori 1 untuk pelajar berumur 7 sehingga 9 tahun dan kategori 2 bagi pelajar 10 sehingga 12 tahun.


Pastikan anda semua mengetahui terma dan syarat pertandingan sebelum mendaftar:


Ramai yang tanya kami; perlu ke sediakan lukisan sendiri? Gambar apa yang perlu kami sediakan?💭


Adik-adik tak perlu sediakan lukisan atau lakaran sendiri kerana Team E-Tuition akan menyediakan templat untuk anda semua. Lakaran akan dihantar melalui e-mel dan semua peserta perlu mencetak dalam saiz A4 sebelum hari pertandingan. Antara alat mewarna yang boleh digunakan ialah pensel warna, krayon dan warna air. Adik-adik juga boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk menambah elemen atau corak di atas kertas masing-masing 😍✨


Hadiah apa yang kami sediakan untuk para pemenang? 🤭


Haa,, Team E-Tuition nak bagi hadiah menarik untuk adik-adik semua. Seperti biasa juga kami akan menyediakan E-Sijil untuk semua peserta. Best kan? Cuma join sahaja pertandingan yang E-Tuition jalankan dan kumpul sijil untuk kegunaan adik-adik kelak. Berikut ialah jadual aliran program E-Tuition New Year Colouring Contest:



Hantar pendaftaran anda melalui google form sebelum atau pada 12 JANUARI 2022 📌 Kami akan mengadakan sesi taklimat pada 12 JANUARI 2022 untuk menerangkan terma dan syarat pertandingan secara terperinci kepada semua yang telah mendaftar. Kami juga akan memberikan peluang kepada anda semua untuk menanyakan soalan kepada Team E-Tuition sekiranya ada perkara yang kurang jelas mengenai pertandingan ini. Link Zoom untuk sesi taklimat dan hari pertandingan akan dihantar melalui e-mel dan di group Whatsapp. So, jangan lupa untuk join group Whatsapp pertandingan supaya anda tidak terlepas dengan info-info terkini daripada Team kami! Pemenang akan diumumkan pada 17 JANUARI 2022 di Facebook dan Instagram E-Tuition 🤗


Jadi, apa tunggu lagi? Jom meriahkan tahun baru anda dengan menyertai E-Tuition New Year Colouring Contest dan ajak ramai lagi kawan-kawan anda. Lagi ramai kan lagi bagus 😉 Kami tak sabar nak tengok kreativiti dan hasil seni adik-adik semua. Daftar segera di link di bawah ⤵️

✨ Ikuti kami di Instagram, Facebook dan Tiktok untuk updates terkini! ✨

Facebook MindAppz:@MindAppzOfficial

Facebook E-Tuition:@ETuitionOfficial

Instagram MindAppz:@mindappzmy

Instagram E-Tuition:@etuition_official

Tiktok MindAppz:@mindappz.tiktok



Recent Posts

See All
bottom of page