Hai Wizards!
Jom sertai 𝗚𝗼𝗶𝗻𝗴 𝗚𝗿𝗲𝗲𝗻 𝗖𝗼𝗻𝘁𝗲𝘀𝘁 pada bulan ini dan berpeluang memenangi wang tunai RM150! 🥁

Adik-adik hanya perlu menghasilkan satu dekorasi daripada barangan kitar semula seperti botol kosong, surat khabar, penutup tin dan sebagainya! 🌳🧩
Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 𝟭𝟱𝗵𝗯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)
𝗠𝗮𝘀𝗮: 𝟭𝟭 𝗣𝗮𝗴𝗶
𝗣𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺: 𝗭𝗼𝗼𝗺 𝗥𝗼𝗼𝗺
Sebelum menyertai pertandingan ini, pastikan anda menepati terma dan syarat pertandingan seperti di bawah.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar yang berumur 7 sehingga 17 tahun di seluruh Malaysia, tidak kira apa jua bangsa dan kaum. Pastikan anda semua menggunakan bahan kitar semula sebagai bahan utama menghasilkan karya kitar semula dan perlu disiapkan dalam masa 1 jam sahaja.

Pendaftaran akan dibuka sehingga 11 Julai 2023 ini dan taklimat akan berlangsung pada hari yang sama di Official Whatsapp Group. Semua peserta diwajibkan menyertai Official Whatsapp Group pertandingan ini. 3 daripada 11 hasil karya kitar semula terbaik akan dipilih sebagai pemenang melalui proses undian di laman Instagram MindAppz. Jadi jangan lepaskan peluang ini kerana hadiah wang tunai menanti anda! 💰 Seperti biasa, kami juga akan menyediakan sijil penyertaan buat semua peserta 😉 Tak sabar nak tengok kreativiti anda semua! Daftar segera dan jumpa anda di sana!!